Jalan cerita The Judge

Hank Palmer (Robert Downey Jr.), seorang peguam yang berjaya di Chicago kembali ke kampungnya di pedalaman Indiana setelah mendapat tahu khabar kematian ibunya. Dia turut memerhatikan keadaan ayahnya yang duda, Joseph Palmer (Robert Duvall), dilihat seakan nyanyuk kerana tidak dapat mengingati bailifnya sendiri.

Keesokan hari selepas ibunya dikebumikan, Hank mendapati kereta ayahnya rosak di hadapan namun Joseph tidak dapat mengingati sebarang kemalangan yang mungkin. Hank segera kembali pulang dengan rasa kecewa kerana mengesyaki Joseph, namun Hank sempat mendapati Joseph ditahan sebagai suspek dalam suatu kes kemalangan langgar lari dengan seorang mangsa yang pernah disabitkan kesalahan oleh Joseph sendiri.

Hank mengupah C.P. Kennedy (Dax Shepard) sebagai peguam wakil mereka, namun Hank melihatnya tidaj begitu cekap. Hank kembali berkhidmat sebagai peguam bela ayahnya atas rasa kasihan. Dia mendapati ayahnya menjalani kemoterapi untuk merawat barah peringkat terminalnya - kemoterapi itu turut menjejaskan daya ingatan Joseph.

Rujukan

WikiPedia: The Judge http://boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=judg... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=judge.htm http://insidemovies.ew.com/2014/10/11/box-office-u... http://filmmusicreporter.com/2014/02/27/thomas-new... http://filmmusicreporter.com/2014/09/26/the-judge-... http://www.gazettenet.com/artsentertainment/movies... http://www.hollywoodreporter.com/news/robert-downe... http://www.imdb.com/title/tt1872194/ http://www.masslive.com/entertainment/index.ssf/20... http://www.masslive.com/news/index.ssf/2013/06/she...